Follow me, i will follow u

SAHABAT SAHABAT KU

Saturday, May 19, 2012

Tips baca "Guitar Tabs" dan Download Guitar Tabs Sofware

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Entri kali ini aku nak share bagaiman nak baca guitar tabs ne. Aku tahu dah ramai dah kat luar sana yang tahu macam mana nak baca tabs ne bahkan lebih pro dari aku, so aku nak share jugak tips ne khas bagi mereka yang beginners dan mula berjinak jinak dalam bermain alat  gitar ini.

Aku malas nak cer pasal sejarah siapa yang buat ne. Senang je nak baca ne tabs dan berbeza dengan note yang macam taugeh tu . HAHA..!!!

Contoh Guitar Tabs

 ok.. Mula2 aku nak terangkan dulu, Huruf E, B, G, D, A, E adalah mewakili string gitar korang yang 6 string tu. So, Garisan tersebut adalah string guitar korang dan nombor-nombor tersebut  adalah kedudukan fret guitar korang. .  

Contoh nya, nombor 0 tersebut adalah "release string" dan korang kira lah dari pangkal fret guitar korang tu. .  kadang2 ada simbol "x" dalam tabs ini, maksud dia tak perlu petik atau tekan string tu.

Beikut adalah simbol2 yang lain dalam guitar tabs ni, korang boleh rujuk untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Klik Untuk Besarkan.!!

korang boleh menggunakan software guitar tabs ini dan boleh dapatkan free download di PowerTabs . Power Tabs adalah software yang paling simple, Bunyi tak berapa memuaskan kerana menggunakan format MIDI iaitu Polifonik sounds. Tapi Kalau korang nak yang lebih Advance download software ini Guitar PRO ...

Okay. . Aku tahu korang minat sangat nak bermain lead guitar ne kan, so aku nak share satu link yang aku selalu download  guitar backing track sana. Sila klik di sini.

p/s : adeii, susah jugak nak terangkan kat dalam blog ne, kalau nak tulis je aku pun bengong2 nak terangkan HAHA.! btw, Harap2 korang dapat apa yang aku cuba sampaikan. :)

Terima kasih kerana sudi membaca

No comments:

PING BUSUK RSS FEED