Follow me, i will follow u

SAHABAT SAHABAT KU

Saturday, May 19, 2012

Jom kita kenali hero-hero The Avengers

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh




Sejak "The Avengers" telah ditayangkan , maka ramai orang yang datang berpusu-pusu ke panggung wayang untuk menonton movie ini bahkan aku juga tidak ketinggalan untuk menonton wayang ini. Siyes, bila aku tengok Trailer  movie ne, aku teringin sangat nak melihat kerana watak-watak superhero ini telah di gabungkan menjadi satu movie yang berjudul "The Avengers" so apabila ditayangkan di pawagam, aku pun terus pergi beli tiket untuk menonton filem ini.

"The Avengers" merupakan gabungan daripada beberapa superhero seperti Nick Fury, Hawkeye, Iron Man, Captain America, Black Widow , Hulk dan Thor. Dan watak jahat dalam cerita ni ialah Loki. Loki ne hebat juga, ada kuasa tersendiri dan boleh menjadi superhero tapi dah jalan cer dia memilih kejahatan so dia jadi penjahat lah dalam cer ne.

Dah dah.. Ok aku ada serba sedikit je maklumat mengenai diorang ni . Jom kita kenali satu  persatu.

Tony Stark (Iron Man)


Tony Stark merupakan seorang yang genius, jutawan kaya yang "Playboy" telah mencipta sebuah sut yang mempunyai teknologi yang sangat canggih dan digunakan dalam pertarungan untuk menumpaskan penjenayah dan keganasan. Watak IronMan aka Tony Stark dibintangi oleh Robert Downey Jr dan Jika anda sudah menonton movie IronMan 1 dan 2 tentu anda tahu mengapa dada dia ada lampu yang menyala tu.

kalau tak silap dia dah mengalami kerosakan pada jantung dia dan "benda" yang dipasang tu adalah gantian dari jantung dia dan mampu bertahan kuasa selama seratus tahun. Siyes, benda tu mau kena cas ka juga guna letrik? hehe

Steve Rogers ( Captain Amerika )



Watak ini dibintangi oleh Chris Evans . Sewaktu perang dunia ke-II meletus, seorang tentera iaitu Steve Rogers telah bersetuju untuk menjadi "subjek" eksperimen yang berisiko tinggi bagi menguji "serum" yang telah dicipta untuk memberikan dia kuasa yang luar biasa melebihi tahap kemampuan manusia normal dan kekuatan pertempuran.  

Eksperimen berjaya, tetapi serum tersebut telah dimusnahkan dan pencipta kepada formula serum tersebut telah dibunuh!  

Dr. Bruce Banner ( Hulk )


Bruce Banner merupakan seorang saintis yang telah terdedah kepada pancaran radiasi gama yang sangat tinggi dan merubah dia menjadi seorang raksasa hijau iaitu Hulk. Bruce akan berubah menjadi raksasa hijau apa bila dia geram yang amat sangat hehe, terlalu excited dan blah blah blah . 

Hulk sememang seorang yang sangat unik kerana dia tidak mampu mengawal emosi dia dengan baik ketika berubah dan kelihatan seperti bom yang meletup. So kalau korang nak bersembul kuar gigi korang, cuba lah dekati dia time dia mengamuk. 

Pelakon Hulk sebelum ini ialah Luo Ferrigno akan menjadi suara latar  Hulk dalam filem the Avengers ini dan Mark Ruffalo yang membintangi Hulk dalam The Avengers ini.

Clint Barton ( Hawkeye ) 


Ok.. Sebelum ne kita cer pasal manusia super, Clint Barton atau Hawkeye  ni merupakan salah seorang  daripada dua  karakter dalam The Avengers  mempunyai kuasa manusia biasa dan seratus peratus adalah manusia  . Dia takde kuasa yang power-power, cuma dia punya kelebihan ini ialah seorang manusia biasa yang mempunyai skill level tinggi menggunakan Panah untuk dijadikan senjata. Dia lebih rela menggunakan Panah sebagai senjata daripada menggunakan Sniper. Jeremy Renner merupakan bintang dalam watak ini.

Natasha Romanoff ( Black Widow )


Ah.. ini dia salah satu watak selain Hawkeye yang merupakan Manusia biasa didalam movie the avengers ini  iaitu Black Widow. Juga Merupakan salah seorang member daripada S.H.I.E.L.D dan mempunyai hubungan yang agak lama dengan Hawkeye, Maybe hubungan pasangan kekasih kot. Walaupun Black widow takde kuasa super, tetapi dia seorang yang cekap, tangkas dan mempunyai skill combat level tinggi. Watak ini dibintangi oleh Scarlet Johansson.

Thor


ahhh dalam banyak2 watak dalam movie ne, ne lah watak yang paling pelik, Thor, god of Thunder bersama dengan tukul dia tu. Tukul dia sangat bahaya kerana boleh memecahkan apa2 sahaja dimuka bumi ini termasuk laptop anda tu . :P

Thor harus menghentikan dia punya bro iaitu bro Loki yang berhasrat untuk mengambil dunia ini. Demi menggagalkan hasrat brother dia tu, dia pun join lah dengan geng2 the avenger ne yang lain bagi menewaskan loki. Walaupun misi dia hanya menyekat loki, namun pada masa yang sama dia juga menjaga dunia ini dari keamanan.

Thor bersama dengan Tukul dia yang digelar "Mjolnir" yang dia gunakan untuk menghasilkan dan menyeru petir untuk memanah siaapa2 yang dia ingini termasuk korang yang tengah membaca ne.  Thor yang mempunyai kuasa "super god strenght" dan mampu mengangkat seratus tan dengan mudah. Watak ini dibintangi oleh Chris Hemsworth dalam cer ne.

Loki 


ne ialah Loki, bukan lokek ya :P . Loki ne baik sebenarnya pada mulanya lah, tapi oleh kerana dia telah mendapat tahu yang dia adalah anak angkat Odin, entah god of apa plak si odin tu, dan pada masa yang sama dia juga telah mengetahui siapa diri dia yang sebnar, maka dia pun menjadi jahat dan ingin menguasai dunia mahupun alam semesta. Bintang dalam movie ini dilakonkan oleh Tom Hidleston.

Nick Fury 


Nick fury veteran agen S.H.I.E.L.D dan mempunyai pengalaman yang cukup meluas mengenai  pengintipan dan menjalankan misi. Nick fury telah menemui Tony stark dan membincangkan tentang Team Avengers serta merekrut super hero yang lain untuk menjalankan misi. Dibintangi oleh Samuel l. Jackson.

p/s : wah . . Tu je la yang dapat aku kongsikan, sampai lapar aku taip entri ne. . Bukan apa, terlalu banyak merapu daripada mengeluarkan fakta cer ni. .  apa? cer tu maksud aku cerita hehe saja nak ringkaskan. Kalau nak lebih info tentang mereka , jangan malu2 cari di google hehe : P 




Terima kasih kerana sudi membaca

No comments:

PING BUSUK RSS FEED