Follow me, i will follow u

SAHABAT SAHABAT KU

Sunday, June 10, 2012

Final report. . . u make me frust !

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Ni la masaalah aku . .  tabiat aku yang tak pernah berubah dan sukar untuk dikikis dari dalam diri dan jiwa aku ne.. Sikap malas dan menangguhkan kerja. .cuba bayangkan , tahap kemalasan aku ne sehingga tahap aku malas nak makan? boleh bayangkan tak?

Dari dulu. . bukan nak berubah, tapi semakin menjadi-jadi. .  nak berdikari susah la ne kan. .  but trust me , bila aku tinggal jauh dari family ini sedikit sebanyak mematangkan diri dan mengajar aku untuk lebih berdikari... 

Aku dari dulu malas sangat nak buat assignment, ,  buat pun last minit jugak. .  ellehh korang pun mesti camtu kan, jangan tak tahu idea akan mencurah curah apa bila dalam keadaan terdesak menyiapkan sesuatu kerja..

Sekarang aku masih terkial-kial menyiapkan Final report aku. .  sebenarnya ada banyak lagi benda yang aku kena buat. . so aku hanya ada masa lebih kurang sebulan lagi , aku harap aku dapat siapkan dengan secepat yang mungkin... Tak siap tak boleh mendaftar ke semester yang seterusnya. :(

Takpa, mulai esok aku akan melakukan perubahan drastik. .  soalnya , Mampu ka aku?


Terima kasih kerana sudi membaca

Lelaki curang?... Kalo pompuan pula?


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera



Kita selalu melihat situasi di mana kaum lelaki dikatakan curang dan tak setia kepada pasangan kekasihnya. . Tapi adakah semua lelaki macam tu? bagaimana dengan kaum wanita? tak curang ka? aku dengar2 potensi kaum wanita yg curang adalah mereka yang memiliki paras wajah yang cantik dan menawan. So kalau dah bosan, cari lain. Pompuan apa la tu. .  Tukar?

pompuan. . susah sangatkah kau berterus terang kalau Kau dah bosan  dengan layanan teman lelaki kau yang baik, setiap hari bertanyakan pasal kau rasa dikongkong ka apabila teman lelaki kau mengambil berat pasal kau? Tak bersyukur ka dengan apa yang ada?

Susah sangat kah kau berterus terang dah tak nak meneruskan hubungan? Aku lagi suka kalau kau berterus terang tak nak meneruskan hubungan, dan kau mengaku  dah ada lelaki lain, jangan lah curang2 sehingga ke suatu tahap bila dah kantoi, baru nak merayu sebab tak mau kena kasi tinggal. . 

Aku tahu alasan pompuan yg biasa ku dengar ,bila dah kawin tak bleh curang2 sudah. . . Lelaki masih boleh kawin lagi...

p/s Aku tak salah kan semua pompuan. Hanya segelintir HEHE....Pompuan yang takda boyfren bukan sebab dia tak cantik tapi sebab dia pandai menjaga keimanannya. . Berkawan lagi bagus kan?



Terima kasih kerana sudi membaca

Hujan ohh hujan. . kenapa engkau turun ?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

"Hujan ohh hujan mengapa engkau turun" sekarang ne di Sabah, musim hujan dah melanda. .  Tadi pagi aku sempat lagi tengok ramalan cuaca. .  ternyata ramalan cuaca ne, betul jugak. .  kalah2 the oracle ne HAHA. .

Sekali hujan turun, macam2 reaksi manusia di muka bumi ne, ada yg suka, gembira, dan ada yang marah. Nak tahu kenapa marah? sebab aktiviti dia tergendala la weh. .  Tapi aku tak kisah, hujan bagi aku satu rahmat dan patut di hargai. .  Kita bukannya kambing nak takut hujan kan. .  HEHE

Bukan apa, aku ada terbaca post kawan kat fb dia. . .  dia marah2 sendiri dan  memaki hujan ne. .  Dia tak puas hati sangat. .  ahh tak kisah, ,  Janji musim hujan memang sedap kalau nak tido. .  Kena2 lagi umah aku ne yg hanya beratapkan zink.  Perghh sedap lah wei kalo kita tido time ujan ne. . .

Syukur lah hujan ada. .  cuba bayangkan kalo korang di somalia. .  HAHA . .  buruk la kamu menunggu ujan turun mencurah haha. . .  Cantik nya hujan ne. . . .!!

Terima kasih kerana sudi membaca

Portable wifi hotspot sot sot...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

credit to google

Aku hairan lah. . .  Kenapa kadang2 aku on9 guna wifi hot spot guna hp galaxy y ne kadang2 tak da line. . . ok aku gembira sekrang sebab dah boleh on9 balik. .  Hp ne jadi modem..... Aku dah hampir putus asa. . Semua benda aku try time tak dapat conect tadi. . Hp pun hampir aku buang. .  nasib baik bukan aku punya HEHEHE

Kenapa begitu? ada kah dari masalah line kat tempat aku ne? Siyes, aku baru je cuba tadi. .  Still tak dapat. .  Last2 aku maki baru dapat. .  kenapa tu? Mau kena maki ka baru dia mau Conect ne? HAHAHA....

Dah lah Header kat blog aku ter REMOVE. . . Bila aku add balik, font dia takleh tukar kaler Sudah. .  Dia ikut kaler post ne.. .  Iaitu hitam. . .  takkan lah aku nak tukar putih kan. .  Tak nampak la tulisan post aku. .  kan background post aku putih. . .

Susah2 aku remove sudah header blog aku. .  Kan aku guna template yg sedia ada. .  Aku cuma coding dan ubah sikit .

p/s : Awww. .  Boleh plak tukar topik citer sal blog aku yg buruk ne HAHAHA

Terima kasih kerana sudi membaca

Siapa tahu macam mana.....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera



Yeah aku ada HP samsung galaxy y. .  satu2 nya hanpon ANDROID bajet yg paling murah. But not anymore. .  Aku tak da hp ne la sudah HAHA. .  sudah aku jual.. Tapi masih boleh pinjam2 kalau mau online.

Aku hairan, aku nak on9 guna hp ne nak jadikan modem. .  so aku pun aktifkan lah tethering yang guna kabel usb tu nak cucuk2. .  HEHE. .  Tapi tak da apa2 kejadian. .  Dia cakap takda driver. .  Pa maksud dia tu? ahh aku keliru menjadi buntu. . Ada kah kena Install sesuatu driver seperti yang dinyatakan di laptop atau pc  supaya tethering yg menggunakan kabel usb ne menjadi. ahh. .  aku dah tanya pakcik google. .  takda juga jumpa penyelesaiannya. 

Ap?a korang tahu ka? ada cara penyelesaian menggunakan tethering untuk jadikan modem HP ne? HEHE.  sebenarnya ada cara lain pun, bahkan lagi cool. .  Hp ne ada portable wifi hotspot. .  owhh boleh jadi wifi rupanya dan mampu menampung sehingga lapan devices. .  hehehe. . 


Tu la. .  pening-pening pikir nak cari cara guna tethering. .  Ada cara yang lagi senang kan. .  Hp boleh jadi wifi.. .  

p/s : Siyes aku dah takda HP ne. .  Aku guna hp biasa yang murah-murah je HEHEHE

Terima kasih kerana sudi membaca

Friday, June 8, 2012

Jalan Jalan cari kasut.. Last last jadi lain...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera



Hari ne aku jalan2 dengan sahabat baik aku..  ok ne la first time aku jalan ngan dia buat sekali lagi setelah setengah tahun kami terpisah sebab aku di KK.

Nak dijadikan cer, tadi masa kami jalan jalan kononnya nak beli kasut lah, so banyak kedai lah di lawati. Akhirnya kami pergi ke satu kedai, aku tak puas hati sangat dengan seorang pekerja tu, aku tak pasti sama ada dia pekerja kat sana ka atau dia anak bos.

Aku tak puas hati dengan cara dia layan pelanggan. Adakah patut dia cakap " kamu nak cari kasut apa? kalau nak cari emas, bukan kat sini! dengan nada yg kurang ajar sekali. Korang tahu apa maksud dia ? 

Mentang2 lah aku ngan kawan aku tu berpakaian selekeh, cuma pakai selipar jepun je, kawan pun pakai singlet je. Aku tak salahkan orang tu seratus peratus tapi kalau malas nak layan pelanggan tu takyah lah layan. 


Siyes, aku tengok muka pun meluat aku tengok...!!!! apa? aku benci.. benci lah... HAHAHA.. kin panas.


p/s : betul2 lack of customer services...

Terima kasih kerana sudi membaca

Thursday, June 7, 2012

Binatang apa yg korang fobia sangat?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera


Korang tentu ada fobia dengan haiwan kan? ne terutamanya serangga. Banyak yang tak suka. Ada yang tak suka labah2, tikus, cicak, cacing dan sebagainya. Tapi aku bukan nak citer sal tu. 

Aku sebenarnya fobia sangat denga ular ne. Entah kenapa, Maybe sebab aku takut plus geli dan adeeeii mcam2 lagi. Jangankan nak sentuh, pandang pun aku tak sudi. Ne pun aku letak pic ne kat dalam tahan2 je HAHA.

Aku dah dua kali terkantoi takut dengan ULAR ne time dengan kawan2 dan awek. Masa tu situasi sama juga apa bila aku jalan ngan member dan awek tu tetiba terjumpa ular. Aku pun pecut lah. Member cuma gelakkan aku je.

Itu masih ok, tapi time ngan awek tu lagi sadis, kami dua2 terkejut dan aku lari tertinggalkan dia dan dia terpaku disana. Tapi tu ular Hijau lah. Macam ne kat bawah ne..


Aku takda niat pun nak membenci menatang ne, tapi dah aku fobia pa bleh buat kan. Korang pun mesti ada jugak kan kelemahan hehe.

p/s : psl aku ngan awek tu, dia cuma kawen je. Nasib baik ada jugak seorang kawan lelaki yang berani dan halau ular tu pelan2. MALU siyot..!!! HAHA

Terima kasih kerana sudi membaca

Kenapa aku tak henti-henti tenung blog aku ne?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera


Guys need your help? korang pernah tak mengalami situasi macam aku ne? kenapa aku suka tenung2 blog aku ne? atau adakah aku rasa blog aku ne menarik hati ku sendiri  iaitu syok sendiri? apa yang tak kena dengan aku? apa jugak sebenarnya yang aku tunggu? aku pun tak tahu kenapa aku selalu scroll atas bawah balik2 tengok benda yang sama. . .

Kadang2 aku rasa dah khatam dah sebab aku pun baca entry aku balik2. KENAPA? Adakah ini salah satu SIMPTOM yang perkara biasa dihidapi oleh BLOGGER baru seperti aku ne? 

SIYES ne. .  Bagi pandangan dan cadangan sedikit pls? hehe. . .  

Terima kasih kerana sudi membaca

TIKUS OH TIKUS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera




Korang kenal tak dengan menatang yang bergelar tikus? Ahh tentu korang tahu kan. .  Dan tikus ne ada yang comel, ada yang cantik , dan yang paling teruk ialah tikus pengotor dan  ganas atau aku panggil sebagai tikus jalanan.

Ok aku tak nak jugak membebel pasal menatang ne sebab aku bukannya doktor haiwan atau pun apa2 jela sebab aku tak tahu gak apa2 pasal tikus ne. Ok aku mengku kat umah aku ada tikus yang selalu mengganas pada waktu malam.  Aku  tak tahu tikus ne tinggal kat mana sebab kalau pada waktu siang aku tak jumpa walau seekor pun tapi apabila malam menjelang mulalah tikus2 ne berpesta dan bermaharajalela.

Aku ada satu persoalan yang masih bermain di benak fikiran aku sampai sekarang ne, Korang tentu tahu kan salah satu kehebatan tikus ne ialah mampu memakan apa2 sahaja. Antara menu utama yang menjadi kegemaran tikus ne ialah sabun! tak kiralah sabun mandi atau sabun cuci . Emm, Kain, kasut, baju, seluar, kayu , dinding rumah dan apa2 sahaja lah yang menyelerakan dan mampu membangkitkan semangat menatang2 ne.

Tula persoalan aku. .  Tapi persoalan utama aku ialah kenapa tikus2 ne tak mati kalau makan sabun? Tak berbuih ke mulut menatang ne? kadang2 aku kesian jugak HAHA


*korang tahu tak di india tikus dianggap sebagai salah satu menatang yang suci
p/s : Aku pun nak try lah makan sabunlah HAHAHAHHA (just joke)

Terima kasih kerana sudi membaca

Wednesday, June 6, 2012

Misi menjejak kekasih yang dah lama terpisah Part III

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera



Aku memang seorang yang tidak mudah berputus asa. Aku teruskan pencarian. Cari punya cari aku tak sedar yang aku dah pusing2 kat dalam dah nak dekat berpuluh puluh kali sehinggalah ke atas dan kat parking keta. tak jugak jumpa. Awek kat kedai sana pun tengok2 aku sudah sebab aku balik2 lalu kat tempat mereka.

Aku akhirnya hampir berputus asa dan berdiri di pintu sambil membuat posing yang power dengan harapan dapat mengurat awek kat sana. ceh sempat lagi ngorat.!! di tambah lagi dengan muka aku yang dah putus asa.

Sedang aku duduk duduk di tangga pintu Giant Mall tu tiba ada seorang awek senyum kat aku dan memberikan sekeping kertas yang tertulis nama dan nombor tepon dan dia cakap kawan dia suruh bagi kat aku. ehh. .  aku tak tahu kenapa mereka berbuat camtu. .  Maybe sebab aku ne kan hensem, cute.  dan semboy  hehehe

Aku pun dapat idea. .  Tanpa membuang masa aku pun call lah no tu dan bercakap dengan awek tu.  Tapi dia macam geram2 je sebab aku bukan tanya pasal dia, ,  aku tanya pasal awek aku yang aku tengah cari tu.

Dia cakap dia kenal. Tapi dengan syarat dia nak aku jumpa dia. Aku ne pemalu dan kurang gentlemen . Aku setuju dah nak jumpa dia tapi aku kena pegi kat tempat dia. Tapi aku tak jadi jugak jumpa dia dan akhirnya aku berputus asa dan pulang kerumah.

Awek tu call aku dan dia tanya apa hubungan aku ngan awek aku. Aku pun mengaku lah yang aku tengah cari awek aku. Dia cakap dia kenal tapi macam aku dah tak caya dah sebab dia tak mahu cerita. So aku dah tak peduli dah.

Tidak berapa lama kemudian awek tu pun call aku. Dan dia mengaku dia cakap dia kenal awek aku dan memang awek aku pernah kerja kat sana. Apa yang mengejutkan aku yang awek aku tu dah KAHWIN... adeeii .. aku pun rasa hampa lah sikit  ..  sampai riak muka aku jadi cenggini macam dalam gambar kat bawah ne..!!


Aku tak jugalah  terkejut beruk cuma aku kecewa sikit sebab awek tak berterus terang dengan aku yang dia dah kahwin. Aku nak bagi kejutan aku plak yang terkejut. Orang pompuan ne tak sah kalau tak menipu dan tak jujur dengan kita. Apa yang aku dapat cuma penat dan dapat kenal dengan seorang awek.
Nak baca part 1 semula? klik di sini

p/s : Banyak dah pompuan yang aku jumpa, semuanya penipu.  Sorry to say lah. Tidak semua lah tapi setakat ne aku belum jumpa lagi pompuan yang honest dan jujur dengan aku. Yang lain.. PENIPU. . hehe

Terima kasih kerana sudi membaca

Misi menjejak kekasih yang dah lama terpisah Part I

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Ok. .  Ini adalah kisah benar dan bukan dongengan. Aku nak kongsi pengalaman aku yang bagi aku cukup menarik untuk dikongsikan kepada korang agar dijadikan ikitibar supaya korang akan lebih berhati-hati dalam memilih kekasih hati korang. Siyes. .  nie lah pengalaman yang aku rasa seperti watak hero kat dalam movie cinta-cinta HAHA. Ini adalah entry aku yang paling panjang dan membosankan . so ambil masa korang untuk baca okay


Aku sebenarnya ada seorang awek yang aku sayangi dan kami dah bercinta selama setahun gitu. .  ok korang akan fikir ceh baru setahun. So masa aku kenal dengan dia pun time aku belum melanjutkan pelajaran dan kami terpisah pun apabila aku melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi lagi. Mahu tidak mahu aku terpaksa meninggalkan dia di kampung halaman demi memenuhkan ilmu di dada.

Tetapi akhirnya kami lost contact dan aku tak dapat menghubungi dia. Aku tak tahu khabar berita tentang dia. Masa cuti pun aku balik kg halaman dia takda sebab dia dah balik kg dia. owh ya kami bukan sama daearah. sejak hari tu aku tak pernah dah bertemu dengan dia.


Setelah beberapa tahun belajar akhirnya pada suatu hari aku secara tidak sengaja terjumpa dengan si dia. Aku pun terkejut sebab terjumpa dengan dia masa aku jalan-jalan di kompleks karamunsing. Dia pun gembira jumpa aku dan aku pun layan dia macam dulu masa bercinta. Dia cakap dia dah kerja Giant kolombong, KK.

Aku pun tak tahu kenapa aku ne terlalu hebat dan cool sehingga mencari dia kat tempat kerja dia. Ceh, kononya nak bagi kejutan. Last2 aku yang terkejut. Nak tahu kenapa? bersambung di sini

Terima kasih kerana sudi membaca

Misi menjejak kekasih yang dah lama terpisah Part II

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Aku pun memulakanlah perjalanan aku dari Terminal KK menuju ke giant kolombong yang dia maksudkan. Masalah yang aku hadapi ialah aku tak tahu kat mana tu giant kolombong dan yang aku tahu tempat tu terletak kat tepi jalan. So ne lah first time aku baru nak pegi.

Yang aku pikir hentam sajalah, nampak je Giant kat tepi jalan berhenti lah. So aku pun ternampak Giant lah dan berhenti kat tepi jalan. Owh ya aku naik bas je .


Nah. . aku pun offside kat giant yang salah, aku berhenti di Giant likas. Tapi masa tu aku belum lagi Perasan yang itu Giant likas. Aku pun masuk kat dalam lah dan pura-pura membeli minuman dan tanya-tanya pekerja kat sana. Mestilah takda yang kenal kan sebab dia bukan keja kat sana.

Akhirnya aku sedar yang tu bukan giant Kolombong. Apasal bangang betul aku ne hehe. So aku pun kuar lah dan nak try jalan kaki. Punya lah main jauh kalau nak jalan kaki, Ingatkan dah dekat. So aku pun naik bas lagi buat kali yang kedua. Pada masa yang sama aku pun dapat berkenalan dengan seorang akak ne dan berbual bual dengan dia sambil tanya-tanyalah.



Ah ni la Giant yang patut aku tuju. Akhirnya jumpa jugak berkat tunjuk ajar jalan akak tu. owh ya kami sama-sama naik bas. Aku pun happy lah sebab dah jumpa tempat ne. Problem aku plak yang kedua ne aku tak tahu dia keja di bahagian mana sebab dia cuma cakap keja kat Giant tu.

 Aku pun masuk kat dalam dan aku terkejejut biawak sebab Giant Kolombong ne luas dan banyak kedai kat dalam. Aku makin bengong. Aku pun jalan je lah pusing kat dalam tu. Hampir semua tempat aku round tapi tak juga aku jumpa kelibat dirinya. Betul ka dia keja kat sini? bersambung di sini



Terima kasih kerana sudi membaca

Tuesday, June 5, 2012

Aku suka tengok awek pandai main gitar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera





 sekadar gambar hiasan

Entah kenapa aku suka tengok awek yang pandai main gitar. .  why? tell me why?
kenapa aku tertarik? maybe sebab aku pun suka bermain gitar? 

Siyes , aku rasa cute lah. .  hehe..  walaupun gitar ne lebih sinonim kepada kaum adam, tetapi kalau aku tengok. .  fuhh ..  terpikat der. .  Jatuh sinta terus sa...

Yela.  bagi aku awek yang pandai bermain gitar ne nampak cool, dan kalau dah pandai bermain gitar tu tentulah dia pun pandai menyanyi kan. .  ye tak?



sekadar gambar hiasan

Ditambah pulak kelebihan bermain gitar yang dah campion dan boleh goreng gitar sampai hangus dan segala tali2 gitar pun berasap. .  ala. . hebat bermain lead gitar lah. Meletup der. . .   

p/s : Apa perasaan korang bila awek korang pandai bermain gitar mengalahkan korang? tak rasa tercabar ka? HAHA

Terima kasih kerana sudi membaca

Pendirian tidak teguh?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera


Aku bukan nya nak membebel pasal apa, melain kan diri aku ne yang aku siyes bingung tahap ultraman mebius sebab aku tak dapat menilai dah diri aku ne.

pertama sekali aku ingin mengetengahkan disini kenapa aku rasa aku punya pendirian yang kurang teguh. .  ehh. .  aku sebenarnya mempunyai pendirian yang teguh lah kalau hal2 yang siyes kalau takat perkara remeh temeh buek apo aku nak teguhkan haha

ok lah aku rasa korang pun pernah mengalaminya aku ambik contoh yang paling mudah, mungkin kalau korang blog walking (Bw) korang akan jeles tgk blog kwan2 korang yang siyes dahsyat dan cute sehinggakan korang nak jugak buat mcm tu tapi apa kan daya. .  korang pun beginers juga macam aku kan? haha

macam aku ne, semua lah aku nak tukar2. .  template lah. .  tajuk blog lah. .  sampaikan url blog pun aku nak tukar sebab? entah lahh



Tulah kesilapan aku sampai dah banyak blog yang aku buat pun terkubur . .  so aku pun ambil keputusan menggunakan template blog yg sedia ada supaya aku dah takda buang masa nak hias2 HAHAHA. . . .  kalau dulu aku rajin. .  macam2 widget dan effect aku letak sampai blog aku berat hahaha . . . 

Tapi kalau aku yang sebenarnya. .  aku ne punya pendirian yang kukuh kalau benda2 yang siyes macam aku cakap seblum ne kan. .  kan. .  kan . . . iKAN.. .  hahaha Macam budak2 jak.. . 

Terima kasih kerana sudi membaca

Sunday, June 3, 2012

Gitar buruk aku

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera


emm. .  sejak aku balik kat kg ne, semua kerja aku yang tertangguh2 belum lagi aku buat. .  segala laporan lah perlu disiapkan. Masa hanya tinggal sebulan lagi. Apa yang aku tahu hanyalah membuang masa dengan bermain game dan bermain gitar. 

Owh ya sebut pasal gitar ne, aku nak share sikit gambar gitar karan aku, hehe,
Santa Cruz. . .








ahh ni la gitar buruk aku. . .  Jenama santa Cruz warna merah. . yang satu lagi tu gitar kawan. . . 


Terima kasih kerana sudi membaca

PING BUSUK RSS FEED