Follow me, i will follow u

SAHABAT SAHABAT KU

Wednesday, May 23, 2012

Budak umur dua tahun pandu kereta

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera


Siyes cute plus comel, cool dan selamba. Ahh ne anak buah aku yang paling hensem dan paling rock. Kelebihan dia ne ialah selain kuat menangis dan cerewet dia boleh pandu kereta. (Dalam khayalan dia je la HAHA)

Aku suka tengok gelagat dia so aku sempat ambil gambar dia dan aku abadikan kedalam blog ini.



"ok ok. .  Dah la tu kamu bising bising kat belakang, bagi can la budak kecik macam aku ne bawa kereta ne. . kamu janganlah risau, aku pandai pandu gak"

"ehh, pendek lah aku ne, tak nampak plak jalan raya kat depan :P "



"HAHA, kamu ingat aku tak pandai ka bawa? nah, siap aku tukar lagi gear kereta ne, korang jangan salah sangka aku tak pijak pedal minyak kereta tak jalan. kereta ini telah di upgrade dan akan berjalan sendiri berdasarkan kemahuan anda"

"Masukkan gear enam  terus, pastu pecut laju"



"Alamak, apa pasal plak aku tak perasan ada Pakcik Polis trafik ne kat jalan. Ada road blog pulak. . Habis lah , kena saman la ne. Kena marah la ne aku oleh bapak ku."

"adeii. . kena tahan plak, yela aku parking lah kat tepi jalan dulu kereta ne"



"Belok kiri, pusing stereng cenggini kan kalau nak belok ke kiri. HEHE.. Tolong jangan saman saya, saya tiada duit"

"Ehh, lebih baik aku pura dan berlakon tak pandai cakap :P"

"ac ccikk. .  angan. . nda mauu. .  ajchuuukkk. . emmm ahhh uhuhuh "

p/s : Budak ne kuat nangis, kalau tak di turut kemahuan dia, dia akan nangis walau apa cara sekalipun sehingga kemahuan dia di turuti.

Terima kasih kerana sudi membaca

Hari terakhir lepak di Kota Kinabalu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera


Tiada apa-apa yang menarik cuma aku nak share entry ne time aku ngan kazen dan ehemm pegi lepak sama-sama disekitar Bandaraya Kota Kinabalu. Ok, siyes kami boring sebab tak da hala tuju, nak shoping pun takda duit, so yang dibeli pown takat minuman dan makanan je.

Owhh ya, hari ne last dah aku jalan-jalan di KK ne, nak balik Kampung Halaman, rindu sangat dengan rumah aku, gitar aku, bilik aku, kawan-kawan aku, family aku, awek aku HAHA aku takda awek la di kampung..!!! Siyes rindu sangat sudah ne, dah lama di perantauan (Cehh, padahal baru Enam bulan je tak balik ke Kampung)



Oleh kerana dah penat jalan-jalan kat dalam CP, Kami pun meneruskanlah perjalanan dan Kami lepak di sinsuran. . . HAHA, bagus lagi jalan di sana lagi syok, dapat jugak bercerita kedai kopi.


ok, macam macam benda kami cerita, dari bab soal nak kahwin, gosip, benda yang remeh temeh. bermanfaat dan lain-lain.




Merah putih biru yang mana pilihan anda?

Amaran: Merokok membahayakan kesihatan kerana boleh mengakibatkan anda terkena penyakit seperti susah nak berhenti merokok, Penyakita takda duit kerana beli rokok saja dan banyak lagi selain mengundang benda-benda yang tidak bermanfaat /berfaedah HAHA..!!!

p/s : Aku tak MEROKOK ya, Membahayakan KESIHATAN. (HAHA.. Ceh aku tak merokok kalau satu kali HAHA)



Entah berapa jam lepak di kedai tu, setakat minum je, HAHA, ala asalkan dapat cari port tempat duduk gitu sambil sembang-sembang. ok, lepas tu kami pun jalan lagi dan Yah, terjumpa pula orang main CHESS ditepi jalan. .

 Aku pun tengok lah permainan mereka tu dan aku pun bingung-bingung juga dengan setiap gerakan yang dilakukan. Aku pun pandai juga main tapi tak berapa lah. Mereka ne boleh jadi professional sudah ne. Mereka ne memang terkenal la ne kan dengan CHESS jalanan.

Ok boring. . . cuma dapat penat. . .  Malam tu, kami pi Funfair kalau tak silap aku di taman mesra, So kami pun pegi la sana dengan harapan dapat jumpa awek..  Yeah awek-awek sangat ramai tapi semua dah ada boyfren hehe. . . HAHAH. so aku pun men lah game yang bagi aku semua tipu terutamanya main timbak kasi jatuh itu pin, memang btul2 penipu, bengkong senapang dia tu haha...







Gambar yang sempat aku ambil di sekita FUnfair. .Aku malas mau ambil banyak-banyak HAHA. . janji ada gitu . .  Baru je nak main lama-lama kat dalam tu dah Hujan plak, so aku pun amik keputusan balik kerumah.

p/s : HAHA. .  Siyes ne first time aku masuk FunFair, bukan sebab aku orang kampung , kat tempat aku pun ada cuma aku malas time tu plus takda pengakutan  dan takda duit time tu HAHAH....





Terima kasih kerana sudi membaca

Monday, May 21, 2012

The avengers di Dinding

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera




Aku ada jumpa gambar The Avengers ini, sangat menarik perhatian aku sebab gambar hero hero ini sangat unik sebab dia macam ala lukisan di dinding piramid firauan tu. 

Smart plus cool, cantik dan menarik. Entah macam mana dibuat, aku rasa bukan dilukis di dindingkan tapi lukisan yang telah dilekatkan di dinding. Atau pun memang kena lukis di dinding kan? HAHAHA..!!!



Nah, Smartkan gambar ne, dia macam ala-ala firaun hehe. .Entah-entah the avengers memang dah wujud ratusan tahun kan. HAHAA

p/s : Apalah yang aku mengarut ne HAHA

Terima kasih kerana sudi membaca

Tutorial Letak kotak komen Facebook dalam Blog (Facebook Comment box)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

OK. . ne adalah entry aku yang buat julung kalinya mengenai tutorial untuk blogger iaitu cara-cara meletakkan Facebook comment box kat blog korang. Kelebihan Box FB komen ne ialah memudahkan pengunjung blog anda untuk meninggalkan komen kerana tidak semua pengunjung mempunyai akaun blog, google account, bla bla. So, Semua orang ada FB kan, So dengan mudah saja pengunjung anda meninggalkan komen dan pesanan buat anda.


Aku tahu terdapat ramai blogger yang lain ada juga memberikan tutorial seperti ini. Aku bukannya pro jugak bab-bab blog ne tapi aku nak kongsikanTutorial ini kepada yang beginners macam aku yang berusaha keras diluar sana sebab aku pun tercari-cari jugak macam mana nak letak komen FB ne di Blog aku dan akhirnya aku telah menjumpai code ini yang ternyata bekesan.

Banyak Tutorial yang aku jumpa tapi tidak begitu membantu aku kerana banyak step by step yang perlu dibuat, Hasil kadang-kadang tidak menjadi dan ada juga yang Tutorial yang kena letak ID Fb, Letak kod HTML setiap post atau entry korang. Siyes der, aku rasa ini lah code letak FB comment box yang  terbaik aku jumpa.



Tutorial ini sangat mudah dan terbukti berkesan dan update sendiri. Sila klik disini untuk mengetahui dengan lebih lanjut. 

okay, ikuti langkah 1 dan 2

Langkah 1


Seperti biasa pergi ke Dashboard > Design > edit HTML > expand Widget. Menggunakan fungsi Ctrl-F, Paste kan kod ini <data:post.body/>

Langkah 2

Copy code di bawah 

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'> <script src='http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1'/> <div><fb:comments expr:href='data:post.url' expr:title='data:post.title' expr:xid='data:post.id' num_posts='1' width='600'/></div> <div style='background-color: #f2f2f2;border: solid 1px #cccccc; font-size:10px; padding:3px;width:100%;'/> </b:if>


Kemudian Paste kan code yang and copy tu di bawah code <data:post.body/> yang anda search sebelum ne. 

Sekiranya anda menjumpai  dua <data:post.body/> letakkan pada yang kedua sahaja agar tidak muncul di Homepage anda : ) 

Save dan lihat hasilnya : P Bila dah ada, bersiap sedialah anda untuk menerima kritikan HAHA

p/s : Semoga berjaya ye. . Harap-harap menjadi juga usaha anda :)

Terima kasih kerana sudi membaca

Tutorial Menu masakan bujang Spesial

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera


Hari ne aku dalam mode nak masak makanan sendiri. Emm, diikutkan hati aku malas nak masak, sebab kalau aku masak semua makanan yang aku masak sedap2 belaka, so bila aku dah start masak segala kehebatan aku pun aku keluarkan lah. Siyes, masakan aku sedap, aku nak masak ne pun nak hidang tu kazen aku dan makan bersama dia malam ne.

Menu ini dinamakan TeloFishNugBall .. HAHA..!!


Dah dah, kita mulakan dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak. Mula-mula kita perlukan :-




Telor dua biji



Nuget dan Fishball

Ok, setelah kedua-dua bahan ini disediakan, Akan kelihatan seperti ini. :P



Ok. Anda sudah take note ka? Ok, cara-cara memasak ialah anda perlu tuangkan minyak kedalam kuali anda sebanyak yang anda mahu, kalau boleh sampai penuh kuali korang untuk mendapatkan kesan yang penuh perasaan terhadap masakan korang tu. . Kemudian campakan semua bahan-bahan tu kedalam kuali .

Hati-hati semasa memasak bagi mengelakkan muka anda terkena minyak panas, awas jika terkena akan menjadi orang minyak HAHA..!!!

Selain itu juga, ketuk-ketuk kuali korang dengan kuat supaya jiran-jiran korang dengar anda sedang memasak. Ini secara tidak langsung persepsi jiran anda menyatakan anda seorang yang rajin. (HAHA.. buat keja tak ikhlas la tu).

Bukan apa, ini akan memudahkan anda untuk mengurat anak jiran anda tu. Haha, kompem kena terima. Lepas tu Save semua masakan anda dan lihat hasilnya. Berikut adalah contoh menu yang telah siap saya masak ..: D








Tara. . ok aku tahu apa yang bermain difikiran korang, masakan aku sangat meyelerakan korang kan HAHAHA. . So Akhir kata dari aku. Jangan malu-malu nak try menu aku ne HAHA.. Peace. 

P/S : Aku pun tak tahu kenapa masakan aku jadi macam ne hehe. Tapi oleh kerana aku dan sepupu aku dah lapar tahap kebuluran, kami pun kendurikan lauk pauk yang "sedap" ne HAHA XD

Terima kasih kerana sudi membaca

Sunday, May 20, 2012

Artis KPOP Nyanyi lagu dalam Bahasa Indonesia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh









Bigbang

Siyes ne. . Artis KPOP telah menyanyi dalam bahasa indonesia. Korang tak caya ka? ne lah bukti dia. . Korang tengok MTV salah satu kumpulan KPOP yang paling feymes ne iaitu BigBang yang merupakan salah satu artis KPOP favourite aku (Aku bukan peminat fanatik KPOP just siket2 gitu HAHA). Salah satu lagu feymes mereka yang aku maksudkan itu ialah BLUE.


Aku siyes bengong ne tak tahu plus blur sebab aku tak tahu plak mereka ne boleh menyanyi dalam bahasa indonesia. Mereka begitu fasih berbahasa indonesia dan aku puji kerana mereka telah menyanyikan mereka  dengan baik sekali.

Selain itu, bukan bigbang sahaja yang menyanyikan lagu Kpop indonesia ne, kumpulan T-ara turu menyanyikan sebuah lagu mereka yang berjudul "Lagi-lagi datang lagi". 


Memang hebat ya. . Bukan mereka sahaja bahkan kumpulan kpop ternama yang lain seperti Girl Generation, Super Junior dan artis yang lain turut mempunyai lagu mereka dalam versi indonesia . . . HAHA..!!!!


Haha. .  Aku tahu korang bukannya budak2 yang senang ditipu dengan mudah. Gurau2 je. .  Sebenarnya lagu ne telah diolah semula atau lebih dikenali di "MASH UP" kan semula oleh Mr-X-Katrok-Eka-Wahyudi-Juan-Jusuf (FB dia ) . Okay, hebat sebab still menggunakan sound yang original aku pun tak tahu macam mana dia buat. Tapi siyes aku suka tengok sebab unik, kreatif plus lucu dan membuat aku gelak sendiri2 macam orang gila huhu ^.^

p/s : Tak kena saman ka ne buat lagu semula ne dalam versi ini? Harap2 taklah sampai video ne diremove plak. .   :'(

Terima kasih kerana sudi membaca

yeahh... Hari ini Mendaftar ke Kolej Matrikulasi Labuan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



HAHA..!!! minta maaf. . Sebenarnya bukan aku yang mendaftar hari ini ke kolej matrikulasi labuan tapi adik aku. yah. . adik aku lelaki, aku sangat bangga dengan dia yang permohonan dia telah berjaya dan hari ini merupakan hari pendaftaran dia.

Sebagai seorang abang yang prihatin.. Cehh hehe. . aku dah berikan amanat aku kepada di supaya dia menjaga diri dia dengan baik dan jangan mudah terpengaruh dengan kawan-kawan baru dia di sana. Adik aku ne beza sikit dari aku, perangai dia pendiam dan tahap skema bukan macam aku yang hehehe.. paham2 je la.


Foto dikreditkan kepada zulfadli

Parents aku telah menghantar dia ke labuan . Besa lah ibubapa yang prihatin kan, semua parents gitu juga kan. . Macam jugak aku, time aku melanjutkan pelajaran ke peringkat IPTA, Mak dan Bapak aku ne yang bertegas nak hantar aku walaupun aku berniat nak pergi sendiri. Terima kasih ...

p/s :emm, , alamatnya sunyi lah rumah tu di kampung halaman apabila semua melanjutkan pelajaran.



Terima kasih kerana sudi membaca

Daftar Akaun Nuffnang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh




hehe.. ye la aku tahu, mesti korang cakap, dahlah blog baru , ada hati nak letak iklan nuffnang. HAHA..!! aku tengok semua bloggers ada akaun nuffnang dan ini merupakan satu kemestian yang ada bagi setiap blogger selain dapat menjana pendapatan dan membuatkan blog korang cool.

Siyes, aku tak jugak berharap mau sangat sampai nak berkempen-kempen ne, tapi bagi aku cool lah letak ne nuffnang. Owh ya, aku baru je berjinak-jinak dalam dunia nuffnang ne, HAHA..!!! Aku pun tak tahu macam mana nak jana, tapi kalau aku tak silap setelah aku baca buat masa sekarang ni dia kira kos perklik. So paham2 lah member yang berkunjung kat blog aku yang tak seberapa ne (tak malu) HAHA..!!!

Jika anda hendak mendaftar akaun Nuffnang, sila klik di sini Sini dan ikuti arahan yang telah diberikan. Ambil masa anda untuk membaca arahan-arahan yang telah diberikan untuk memudahkan anda.

p/s : takpe, blog masih baru, member2 belum ada, follower pun macam masih belum ada lagi, kalau korang jadi follower aku yang pertama, anda adalah spesial buat aku HAHA...!!

Terima kasih kerana sudi membaca

Saturday, May 19, 2012

Tips baca "Guitar Tabs" dan Download Guitar Tabs Sofware

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Entri kali ini aku nak share bagaiman nak baca guitar tabs ne. Aku tahu dah ramai dah kat luar sana yang tahu macam mana nak baca tabs ne bahkan lebih pro dari aku, so aku nak share jugak tips ne khas bagi mereka yang beginners dan mula berjinak jinak dalam bermain alat  gitar ini.

Aku malas nak cer pasal sejarah siapa yang buat ne. Senang je nak baca ne tabs dan berbeza dengan note yang macam taugeh tu . HAHA..!!!

Contoh Guitar Tabs

 ok.. Mula2 aku nak terangkan dulu, Huruf E, B, G, D, A, E adalah mewakili string gitar korang yang 6 string tu. So, Garisan tersebut adalah string guitar korang dan nombor-nombor tersebut  adalah kedudukan fret guitar korang. .  

Contoh nya, nombor 0 tersebut adalah "release string" dan korang kira lah dari pangkal fret guitar korang tu. .  kadang2 ada simbol "x" dalam tabs ini, maksud dia tak perlu petik atau tekan string tu.

Beikut adalah simbol2 yang lain dalam guitar tabs ni, korang boleh rujuk untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Klik Untuk Besarkan.!!

korang boleh menggunakan software guitar tabs ini dan boleh dapatkan free download di PowerTabs . Power Tabs adalah software yang paling simple, Bunyi tak berapa memuaskan kerana menggunakan format MIDI iaitu Polifonik sounds. Tapi Kalau korang nak yang lebih Advance download software ini Guitar PRO ...

Okay. . Aku tahu korang minat sangat nak bermain lead guitar ne kan, so aku nak share satu link yang aku selalu download  guitar backing track sana. Sila klik di sini.

p/s : adeii, susah jugak nak terangkan kat dalam blog ne, kalau nak tulis je aku pun bengong2 nak terangkan HAHA.! btw, Harap2 korang dapat apa yang aku cuba sampaikan. :)

Terima kasih kerana sudi membaca

Koleksi Buku Komik DetectiveConan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



Buku komik aku :P 

Sebagai seorang yang cenderung dengan penyiasatan, aku mempunyai beberapa koleksi Buku komik Detetective Conan keluaran edisi spesial. Ya, aku tau sikit je buku yang aku ada tapi ne merupakan buku yang aku beli dengan melibatkan kos hanya Rm50 je, sekali aku beli pukal der.

Aku suka sangat dengan jalan penceritaan yang dihidangkan dalam buku komik ini, sama jugak dengan episod Tv Detective Conan ne yang telah diadaptasikan dari buku ini ceritanya mnemang syiok kerana dia dapat merangsang minda kita untuk berfikir mengenai kes-kes yang belaku.

Bagi korang yang tak berapa gemar penceritaan seperti ini, aku rasa tentu korang rasa bosan  hehe.. Tapi tentu korang tak caya yang aku mempunyai kelebihan untuk menyiasat sesuatu dan naluri gerak hati aku tidak pernah salah HAHA.!!


Edogawa Conan

Aku susun-susun, lepas tu baru aku amek gambar ne. Hehe. Harap maaf kualiti tidak berapa hebat sebab aku ambil guna Hp samsung je yang setakat entah berapa mega Pixles da


Ok. Siyes, aku mempuyai jiwa yang penuh dengan sense of humor. Ahh dari segi hiburan, aku suka buku komik lawak kampus. Cuba korang tengok ada buku lawak kampus tu yang terselit di lambakan buku Detective Conan tu. 

Aku suka sangat denga karya keith ini yang telah berjaya membuat aku gelak dengan lawak2 beliau yang mengarut dalam buku lawak kampus ni. Owh ya, Buku tu Keluaran jilid 6. 

p/s : Korang nak beli ke? haha.. Ala tak jual lah, aku nak simpan jadikan koleksi aku sendiri. Harap2 buku2 ini taklah menjadi pameran semata mata :P


Terima kasih kerana sudi membaca

Gempar..!!! Superman tidak berpuas hati tidak turut sama berlakon dalam The Avengers

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Apa cer ni der.. Superman tak puas hatilah tak dijemput sama berlakon dalam The Avengers. Halloo Bro, memang lah kau tak boleh berlakon dalam movie ne sebab ko memang takde wataklah dalam cer ne, yang kau mengamuk tak tentu pasal sampai kau nak belasah semua hero-hero dalam avengers tu kenapa? siyes ke ko boleh lawan semua tu? aku jamin ko tak dapat lawan punya haha... 

Ada ura-ura menyatakan yang superman ini telah mengajak geng dia untuk berlakon dalam sebuah movie yang aku tak tahu apa tapi lebih hebat, power dan kick daripada The avengers ne sampai pecah punggung..!!! ehh silap lak, pecah panggung.

Ada jugak hero-hero super yang lain tidak berpuas hati kerana tidak dijemput bagi melakonkan watak mereka dalam The Avengers, antaranya ialah Wolverine, Cyclops dan Spiderman. Oleh itu, mereka telah berpakat dan berbincang di sebuah kedai kopi di sebelah jalan.


"Aku nak kita buat satu filem yang lebih power daripada The Avengers" Kata Superman kepada geng-geng dia. 

"Hmmmm... Bagus jugak cadangan ko tu superman" Kata spiderman.

Hasil rundingan meja bulat tersebut, mereka telah bersetuju dan berpakat untuk menerbitkan sebuah filem schifi yang lebih meletup dan dijangkakan akan ditayangkan pada tahun hadapan. Judul filem tersebut masih dalam perbincangan dan akan diberitahu kelak setelah mendapat judul yang lebih sesuai.

p/s : hehehe.. harap-harap filem diorang ne akan ada tahun depan. Korang semua menantilah lah ye sesuatu yang tidak pasti. 

Terima kasih kerana sudi membaca

Jom kita kenali hero-hero The Avengers

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh




Sejak "The Avengers" telah ditayangkan , maka ramai orang yang datang berpusu-pusu ke panggung wayang untuk menonton movie ini bahkan aku juga tidak ketinggalan untuk menonton wayang ini. Siyes, bila aku tengok Trailer  movie ne, aku teringin sangat nak melihat kerana watak-watak superhero ini telah di gabungkan menjadi satu movie yang berjudul "The Avengers" so apabila ditayangkan di pawagam, aku pun terus pergi beli tiket untuk menonton filem ini.

"The Avengers" merupakan gabungan daripada beberapa superhero seperti Nick Fury, Hawkeye, Iron Man, Captain America, Black Widow , Hulk dan Thor. Dan watak jahat dalam cerita ni ialah Loki. Loki ne hebat juga, ada kuasa tersendiri dan boleh menjadi superhero tapi dah jalan cer dia memilih kejahatan so dia jadi penjahat lah dalam cer ne.

Dah dah.. Ok aku ada serba sedikit je maklumat mengenai diorang ni . Jom kita kenali satu  persatu.

Tony Stark (Iron Man)


Tony Stark merupakan seorang yang genius, jutawan kaya yang "Playboy" telah mencipta sebuah sut yang mempunyai teknologi yang sangat canggih dan digunakan dalam pertarungan untuk menumpaskan penjenayah dan keganasan. Watak IronMan aka Tony Stark dibintangi oleh Robert Downey Jr dan Jika anda sudah menonton movie IronMan 1 dan 2 tentu anda tahu mengapa dada dia ada lampu yang menyala tu.

kalau tak silap dia dah mengalami kerosakan pada jantung dia dan "benda" yang dipasang tu adalah gantian dari jantung dia dan mampu bertahan kuasa selama seratus tahun. Siyes, benda tu mau kena cas ka juga guna letrik? hehe

Steve Rogers ( Captain Amerika )



Watak ini dibintangi oleh Chris Evans . Sewaktu perang dunia ke-II meletus, seorang tentera iaitu Steve Rogers telah bersetuju untuk menjadi "subjek" eksperimen yang berisiko tinggi bagi menguji "serum" yang telah dicipta untuk memberikan dia kuasa yang luar biasa melebihi tahap kemampuan manusia normal dan kekuatan pertempuran.  

Eksperimen berjaya, tetapi serum tersebut telah dimusnahkan dan pencipta kepada formula serum tersebut telah dibunuh!  

Dr. Bruce Banner ( Hulk )


Bruce Banner merupakan seorang saintis yang telah terdedah kepada pancaran radiasi gama yang sangat tinggi dan merubah dia menjadi seorang raksasa hijau iaitu Hulk. Bruce akan berubah menjadi raksasa hijau apa bila dia geram yang amat sangat hehe, terlalu excited dan blah blah blah . 

Hulk sememang seorang yang sangat unik kerana dia tidak mampu mengawal emosi dia dengan baik ketika berubah dan kelihatan seperti bom yang meletup. So kalau korang nak bersembul kuar gigi korang, cuba lah dekati dia time dia mengamuk. 

Pelakon Hulk sebelum ini ialah Luo Ferrigno akan menjadi suara latar  Hulk dalam filem the Avengers ini dan Mark Ruffalo yang membintangi Hulk dalam The Avengers ini.

Clint Barton ( Hawkeye ) 


Ok.. Sebelum ne kita cer pasal manusia super, Clint Barton atau Hawkeye  ni merupakan salah seorang  daripada dua  karakter dalam The Avengers  mempunyai kuasa manusia biasa dan seratus peratus adalah manusia  . Dia takde kuasa yang power-power, cuma dia punya kelebihan ini ialah seorang manusia biasa yang mempunyai skill level tinggi menggunakan Panah untuk dijadikan senjata. Dia lebih rela menggunakan Panah sebagai senjata daripada menggunakan Sniper. Jeremy Renner merupakan bintang dalam watak ini.

Natasha Romanoff ( Black Widow )


Ah.. ini dia salah satu watak selain Hawkeye yang merupakan Manusia biasa didalam movie the avengers ini  iaitu Black Widow. Juga Merupakan salah seorang member daripada S.H.I.E.L.D dan mempunyai hubungan yang agak lama dengan Hawkeye, Maybe hubungan pasangan kekasih kot. Walaupun Black widow takde kuasa super, tetapi dia seorang yang cekap, tangkas dan mempunyai skill combat level tinggi. Watak ini dibintangi oleh Scarlet Johansson.

Thor


ahhh dalam banyak2 watak dalam movie ne, ne lah watak yang paling pelik, Thor, god of Thunder bersama dengan tukul dia tu. Tukul dia sangat bahaya kerana boleh memecahkan apa2 sahaja dimuka bumi ini termasuk laptop anda tu . :P

Thor harus menghentikan dia punya bro iaitu bro Loki yang berhasrat untuk mengambil dunia ini. Demi menggagalkan hasrat brother dia tu, dia pun join lah dengan geng2 the avenger ne yang lain bagi menewaskan loki. Walaupun misi dia hanya menyekat loki, namun pada masa yang sama dia juga menjaga dunia ini dari keamanan.

Thor bersama dengan Tukul dia yang digelar "Mjolnir" yang dia gunakan untuk menghasilkan dan menyeru petir untuk memanah siaapa2 yang dia ingini termasuk korang yang tengah membaca ne.  Thor yang mempunyai kuasa "super god strenght" dan mampu mengangkat seratus tan dengan mudah. Watak ini dibintangi oleh Chris Hemsworth dalam cer ne.

Loki 


ne ialah Loki, bukan lokek ya :P . Loki ne baik sebenarnya pada mulanya lah, tapi oleh kerana dia telah mendapat tahu yang dia adalah anak angkat Odin, entah god of apa plak si odin tu, dan pada masa yang sama dia juga telah mengetahui siapa diri dia yang sebnar, maka dia pun menjadi jahat dan ingin menguasai dunia mahupun alam semesta. Bintang dalam movie ini dilakonkan oleh Tom Hidleston.

Nick Fury 


Nick fury veteran agen S.H.I.E.L.D dan mempunyai pengalaman yang cukup meluas mengenai  pengintipan dan menjalankan misi. Nick fury telah menemui Tony stark dan membincangkan tentang Team Avengers serta merekrut super hero yang lain untuk menjalankan misi. Dibintangi oleh Samuel l. Jackson.

p/s : wah . . Tu je la yang dapat aku kongsikan, sampai lapar aku taip entri ne. . Bukan apa, terlalu banyak merapu daripada mengeluarkan fakta cer ni. .  apa? cer tu maksud aku cerita hehe saja nak ringkaskan. Kalau nak lebih info tentang mereka , jangan malu2 cari di google hehe : P 




Terima kasih kerana sudi membaca

Pakcik KFC vs MC'D warior

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Siyes ne.. Pakcik KFC bertarung dengan pahlwan MC'Donald, oleh kerana McD telah mencabar pakcik kfc ne, maka tersetuslah di antara mereka perang Makanan sehinggakan mereka tercedera antara satu sama lain hehe




p/s : hehe.. Takda siyes derr.. Gurau je.. 
Terima kasih kerana sudi membaca

Friday, May 18, 2012

Bayang-Bayang Superhero dan Logo

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Siyes der, siapa yang tak pernah kenal dengan superhero ini semua? aku sangat minat dengan movie-movie yang berkaitan dengan superhero ni, ceh penyelamat dunia lah kan .. Dan aku dah membesar dengan semua superhero nie, bukan sahaja kehebatan mereka ne yang mempunyai skill dan keunikan yang tersendiri, tetapi mempunyai trademark tersendiri yang sangat menarik. Siyes der..!!!

Nie ada lah gambar-gambar superhero dan bayang yang aku jumpa dan aku abadikan di blog semutcomel's ne. .


Batman

Captain America

 Flash

 Green Lantern

Hulk

 Iron Man

 Spider Man

 SuperMan

 Wolverine

WonderWoman

Kreatifnya orang yang buat ne . Siyes, aku tengok ne terus semangat aku nak simpan ne gambar, aku harap lebih banyak lagi gambar superhero akan dibuat seperti ini.


p/s : aku rasa macam nak buat sendiri gambar seperti ini

Terima kasih kerana sudi membaca

Latihan Industri dah Tamat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh





Alhamdulillah.. hari nie merupakan hari terakhir aku menjalankan latihan industri di KPKAS ini. Segala-galanya berjalan dengan lancar tanpa ada halangan yang melanda dan saya berterima kasih sangat kepada pegawai2 penyelia aku yang begitu sporting dan tidak pernah lelah memberikan tunjuk ajar kepada ku sepanjang menjalan kan latihan industri disana




Sekarang nie yang aku kena fikirkan ialah :-


1.    Laporan harian yang belum siap (aku malas nak update nie, so ada beberapa part yang belum siap)


2.    Laporan Mingguan (nie pun kena buat jugak, so aku hanya perlu susun semula laporan ne)


3.    Laporan akhir (ah yang ne betul2 laporan yang kena disiapkan dan di Printoutkan, setakat ne masih belum           bergerak ke bab yang seterusnya)

4.     Presentation (dalam bentuk slide der, tak tahu nak letak apa)

ahh, nie benda kalau dah complete tak lah aku pening kepala.. hehe.. so time cuti2 ne terpaksa lah men settelkan ini semua



p/s : jangan malas2 melakukan sesuatu kerja dan yang paling penting ialah buang tabiat menangguh kerja 


Terima kasih kerana sudi membaca

PING BUSUK RSS FEED