Follow me, i will follow u

SAHABAT SAHABAT KU

Saturday, May 19, 2012

Gempar..!!! Superman tidak berpuas hati tidak turut sama berlakon dalam The Avengers

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Apa cer ni der.. Superman tak puas hatilah tak dijemput sama berlakon dalam The Avengers. Halloo Bro, memang lah kau tak boleh berlakon dalam movie ne sebab ko memang takde wataklah dalam cer ne, yang kau mengamuk tak tentu pasal sampai kau nak belasah semua hero-hero dalam avengers tu kenapa? siyes ke ko boleh lawan semua tu? aku jamin ko tak dapat lawan punya haha... 

Ada ura-ura menyatakan yang superman ini telah mengajak geng dia untuk berlakon dalam sebuah movie yang aku tak tahu apa tapi lebih hebat, power dan kick daripada The avengers ne sampai pecah punggung..!!! ehh silap lak, pecah panggung.

Ada jugak hero-hero super yang lain tidak berpuas hati kerana tidak dijemput bagi melakonkan watak mereka dalam The Avengers, antaranya ialah Wolverine, Cyclops dan Spiderman. Oleh itu, mereka telah berpakat dan berbincang di sebuah kedai kopi di sebelah jalan.


"Aku nak kita buat satu filem yang lebih power daripada The Avengers" Kata Superman kepada geng-geng dia. 

"Hmmmm... Bagus jugak cadangan ko tu superman" Kata spiderman.

Hasil rundingan meja bulat tersebut, mereka telah bersetuju dan berpakat untuk menerbitkan sebuah filem schifi yang lebih meletup dan dijangkakan akan ditayangkan pada tahun hadapan. Judul filem tersebut masih dalam perbincangan dan akan diberitahu kelak setelah mendapat judul yang lebih sesuai.

p/s : hehehe.. harap-harap filem diorang ne akan ada tahun depan. Korang semua menantilah lah ye sesuatu yang tidak pasti. 

Terima kasih kerana sudi membaca

No comments:

PING BUSUK RSS FEED