Follow me, i will follow u

SAHABAT SAHABAT KU

Wednesday, June 6, 2012

Misi menjejak kekasih yang dah lama terpisah Part III

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera



Aku memang seorang yang tidak mudah berputus asa. Aku teruskan pencarian. Cari punya cari aku tak sedar yang aku dah pusing2 kat dalam dah nak dekat berpuluh puluh kali sehinggalah ke atas dan kat parking keta. tak jugak jumpa. Awek kat kedai sana pun tengok2 aku sudah sebab aku balik2 lalu kat tempat mereka.

Aku akhirnya hampir berputus asa dan berdiri di pintu sambil membuat posing yang power dengan harapan dapat mengurat awek kat sana. ceh sempat lagi ngorat.!! di tambah lagi dengan muka aku yang dah putus asa.

Sedang aku duduk duduk di tangga pintu Giant Mall tu tiba ada seorang awek senyum kat aku dan memberikan sekeping kertas yang tertulis nama dan nombor tepon dan dia cakap kawan dia suruh bagi kat aku. ehh. .  aku tak tahu kenapa mereka berbuat camtu. .  Maybe sebab aku ne kan hensem, cute.  dan semboy  hehehe

Aku pun dapat idea. .  Tanpa membuang masa aku pun call lah no tu dan bercakap dengan awek tu.  Tapi dia macam geram2 je sebab aku bukan tanya pasal dia, ,  aku tanya pasal awek aku yang aku tengah cari tu.

Dia cakap dia kenal. Tapi dengan syarat dia nak aku jumpa dia. Aku ne pemalu dan kurang gentlemen . Aku setuju dah nak jumpa dia tapi aku kena pegi kat tempat dia. Tapi aku tak jadi jugak jumpa dia dan akhirnya aku berputus asa dan pulang kerumah.

Awek tu call aku dan dia tanya apa hubungan aku ngan awek aku. Aku pun mengaku lah yang aku tengah cari awek aku. Dia cakap dia kenal tapi macam aku dah tak caya dah sebab dia tak mahu cerita. So aku dah tak peduli dah.

Tidak berapa lama kemudian awek tu pun call aku. Dan dia mengaku dia cakap dia kenal awek aku dan memang awek aku pernah kerja kat sana. Apa yang mengejutkan aku yang awek aku tu dah KAHWIN... adeeii .. aku pun rasa hampa lah sikit  ..  sampai riak muka aku jadi cenggini macam dalam gambar kat bawah ne..!!


Aku tak jugalah  terkejut beruk cuma aku kecewa sikit sebab awek tak berterus terang dengan aku yang dia dah kahwin. Aku nak bagi kejutan aku plak yang terkejut. Orang pompuan ne tak sah kalau tak menipu dan tak jujur dengan kita. Apa yang aku dapat cuma penat dan dapat kenal dengan seorang awek.
Nak baca part 1 semula? klik di sini

p/s : Banyak dah pompuan yang aku jumpa, semuanya penipu.  Sorry to say lah. Tidak semua lah tapi setakat ne aku belum jumpa lagi pompuan yang honest dan jujur dengan aku. Yang lain.. PENIPU. . hehe

Terima kasih kerana sudi membaca

1 comment:

Unknown said...

Terbaik la....sakata gintoki....

PING BUSUK RSS FEED