Follow me, i will follow u

SAHABAT SAHABAT KU

Wednesday, June 6, 2012

Misi menjejak kekasih yang dah lama terpisah Part II

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Aku pun memulakanlah perjalanan aku dari Terminal KK menuju ke giant kolombong yang dia maksudkan. Masalah yang aku hadapi ialah aku tak tahu kat mana tu giant kolombong dan yang aku tahu tempat tu terletak kat tepi jalan. So ne lah first time aku baru nak pegi.

Yang aku pikir hentam sajalah, nampak je Giant kat tepi jalan berhenti lah. So aku pun ternampak Giant lah dan berhenti kat tepi jalan. Owh ya aku naik bas je .


Nah. . aku pun offside kat giant yang salah, aku berhenti di Giant likas. Tapi masa tu aku belum lagi Perasan yang itu Giant likas. Aku pun masuk kat dalam lah dan pura-pura membeli minuman dan tanya-tanya pekerja kat sana. Mestilah takda yang kenal kan sebab dia bukan keja kat sana.

Akhirnya aku sedar yang tu bukan giant Kolombong. Apasal bangang betul aku ne hehe. So aku pun kuar lah dan nak try jalan kaki. Punya lah main jauh kalau nak jalan kaki, Ingatkan dah dekat. So aku pun naik bas lagi buat kali yang kedua. Pada masa yang sama aku pun dapat berkenalan dengan seorang akak ne dan berbual bual dengan dia sambil tanya-tanyalah.



Ah ni la Giant yang patut aku tuju. Akhirnya jumpa jugak berkat tunjuk ajar jalan akak tu. owh ya kami sama-sama naik bas. Aku pun happy lah sebab dah jumpa tempat ne. Problem aku plak yang kedua ne aku tak tahu dia keja di bahagian mana sebab dia cuma cakap keja kat Giant tu.

 Aku pun masuk kat dalam dan aku terkejejut biawak sebab Giant Kolombong ne luas dan banyak kedai kat dalam. Aku makin bengong. Aku pun jalan je lah pusing kat dalam tu. Hampir semua tempat aku round tapi tak juga aku jumpa kelibat dirinya. Betul ka dia keja kat sini? bersambung di sini



Terima kasih kerana sudi membaca

No comments:

PING BUSUK RSS FEED